Saturday , 19 January 2019

Home » Bisnes » Bantu usahawan muda bangunkan perniagaan

Bantu usahawan muda bangunkan perniagaan

November 24, 2015 12:43 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-

HONOR View20,

Irmohizam (tiga, kiri) ketika merasmikan program Outreach Usahawan Belia 2015, baru-baru ini

Irmohizam (tiga, kiri) ketika merasmikan program Outreach Usahawan Belia 2015, baru-baru ini

USAHAWAN muda memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor dan industri bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kerajaan komited melahirkan usahawan muda terutamanya program dan aktiviti untuk membangunkan perniagaan mereka.

“Sebanyak RM30 juta peruntukan dalam Bajet 2016 bagi pelbagai program keusahawan untuk generasi muda.

“Bukan itu sahaja, bantuan kewangan bagi program Pembangunan Agropreneur Muda dan Dana Pembiayaan Usahawan Pertanian bernilai RM70 juta disediakan,” katanya ketika merasmikan program Outreach Usahawan Belia 2015.

Bagi menjayakan program itu, beliau mengumpulkan usahawan-usahawan belia dari setiap daerah dalam negeri Selangor diberi peluang meluaskan pasaran di pusat bandar.

Tarikan utama program seperti penyertaan dari Malaysia Global Innovation dan Creative Center (Magic), serta pakar peniagaan internet, Irfan Khairi berkongsi pengalaman bersama pengunjung.

“Hasil kajian, sebanyak 90 peratus industri halal negara kita dikuasai orang bukan Islam walhal ramai berpotensi besar di kalangan usahawan Bumiputera.

“Tidak ramai mengetahui, sektor pemakanan dan pertanian mempunyai potensi besar, malah menguntungkan.

“Sektor pemakanan harus diceburi usahawan muda terutamanya industri makanan halal, jarang diterokai peniaga kita,” katanya.

Selain itu, pelbagai teknologi pertanian diperkenal agar kaedah penghasilan ditingkatkan secara maksimum dan mengurangkan jumlah tenaga kerja.

scroll to top