Saturday , 25 May 2019

Home » Nasional » Barisan Exco Johor sudah pasti ditentukan PH Johor – Mahathir

Barisan Exco Johor sudah pasti ditentukan PH Johor – Mahathir

April 23, 2019 7:28 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Barisan Exco Johor sudah pasti ditentukan PH Johor – Mahathir

PUTRAJAYA,. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini pemilihan barisan anggota Exco Kerajaan negeri Johor yang baharu tentulah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) Johor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, tidak mempengaruhi keputusan itu.

“Sultan tidak mempengaruhinya dan saya mengandaikan PH Johor (yang telah membuat keputusan), ” kata Perdana Menteri ketika ditemui wartawan selepas beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Orang Asli di sini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, berkata barisan exco baharu itu sepatutnya diputuskan oleh PH Johor.

Sultan Ibrahim hari ini membuat hantaran dalam laman Facebook baginda mengenai 10 anggota exco kerajaan negeri Johor termasuk tiga muka baharu, yang telah mengangkat sumpah di hadapan baginda.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai cadangan seorang pemimpin DAP supaya kursus matrikulasi dibuka kepada semua kaum dan sistem peruntukan kuota 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera dihapuskan.

Kata beliau: “Kita akan kaji masalah itu. ”

Pengarah Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP Leong Yu Shen dilaporkan telah mencadangkan agar kerajaan menamatkan amalan semasa yang memberi keutamaan kepada pelajar bumiputera bagi program matrikulasi pra-universiti, dengan mengatakan perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin tiada diskriminasi terhadap warganegara.

— BERNAMA

scroll to top