Thursday , 13 December 2018

Home » Dunia » Bebaskan wartawan Myanmar segera – Guterres

Bebaskan wartawan Myanmar segera – Guterres

September 21, 2018 7:22 am Category: Dunia A+ / A-
Bebaskan wartawan Myanmar segera – Guterres

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. - Foto AFP

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa kerajaan Myanmar supaya mengampunkan dan membebaskan dua wartawan Reuters yang dipenjarakan secepat mungkin, semalam.

“Saya berharap kerajaan akan mengampunkan dan membebaskan mereka secepat mungkin,” kata Guterres, ketika menjawab soalan pemberita di New York sebagai jawapan kepada soalan mengenai kenyataan Aung San Suu Kyi berhubung kes itu.

Wartawan Reuters, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe oo, 28, disabitkan pada 3 September lalu di bawah undang-undang penjajah Akta Rahsia Rasmi dalam kes yang dilihat sebagai ujian kebebasan demokrasi di Myanmar.

Wartawan terbabit yang tidak mengaku salah berkata, mereka diberikan beberapa kertas dalam keadaan bergulung oleh polis, sebelum ditahan, Disember lalu dan seorang saksi polis memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka diperangkap.

– Reuters

scroll to top