Friday , 26 April 2019

Home » Nasional » Bekalan air terjejas akibat gangguan elektrik di Seri Kembangan

Bekalan air terjejas akibat gangguan elektrik di Seri Kembangan

March 19, 2019 8:01 am Category: Nasional A+ / A-
Bekalan air terjejas akibat gangguan elektrik di Seri Kembangan

KUALA LUMPUR,. Bekalan air di 59 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik menyebabkan beberapa rumah pam di kawasan sekitar Seri Kembangan, dekat sini, terhenti operasi lewat petang Isnin.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, proses baik pulih sedang dijalankan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keadaan kembali seperti sedia kala.

Susulan insiden itu, beberapa kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengambil tindakan perlu bagi mempercepatkan proses pemulihan, katanya, dalam kenyataan di sini.

Turut terjejas tiga kawasan di wilayah Sepang iaitu Taman Lestari Permai, Taman Alam Putra dan Taman Prima Tropika.

Pelanggan boleh merujuk aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’ serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk senarai kawasan terjejas dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. — Bernama

scroll to top