Wednesday , 24 October 2018

Home » Nasional » Bekas Peguam Negara tolak lantikan MT UMNO

Bekas Peguam Negara tolak lantikan MT UMNO

July 15, 2018 8:13 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Bekas Peguam Negara tolak lantikan MT UMNO

Tan Sri Mohamed Apandi Ali.Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR,. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menolak pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Mohamed Apandi dalam kenyataan media malam ini menjelaskan setelah memikirkan semasak-masaknya dan dengan mendalam, beliau berasa tidak wajar untuk menerima pelantikan tersebut.

“Apa yang bermain di fikiran saya adalah pelantikan tersebut akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan apa jua tindakan dan keputusan saya semasa menjalankan tugas sebagai seorang hakim dan Peguam Negara,” katanya.

Mohamed Apandi adalah antara 11 nama diumumkan sebagai anggota MT lantikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi penggal 2018-2021.

Selain pelantikan Mohamed Apandi sebagai anggota MT UMNO, Ahmad Zahid turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberi jawatan baharu sebagai Bendahari parti.

MT UMNO terdiri daripada 25 anggota dan 11 daripadanya adalah lantikan presiden.

— BERNAMA

scroll to top