Tuesday , 16 October 2018

Home » Dunia » Bekas timbalan pengarah FBI dipecat

Bekas timbalan pengarah FBI dipecat

March 17, 2018 11:37 am Category: Dunia A+ / A-
Bekas timbalan pengarah FBI dipecat

Gambar fail, bekas timbalan Pengarah FBI, Andrew McCabe semasa sidang akhbar mengumumkan tindakan penguatkuasaan undang-undang di Jabatan Keadilan Washington pada Julai, 2017. - Foto AFP

WASHINGTON,. Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions memecat Andrew McCabe, bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang terbabit dalam siasatan agensi itu ke atas Hillary Clinton dan peranan Russia dalam pilihan raya 2016 AS.

McCabe juga sebelum ini berulang kali dikritik Presiden Donald Trump di Twitter.

“Berdasarkan laporan Ketua Inspektor, penemuan daripada Pejabat Tanggungjawab Profesional FBI dan cadangan pegawai kanan kerjaya jabatan itu, saya menamatkan tugas Andrew McCabe berkuat kuasa serta merta,” kata Sessions.

Pemecatan McCabe berlaku dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-50, yang melayakkannya bersara daripada FBI dengan pencen penuh.

Penyingkiran itu dilakukan sembilan bulan selepas Trump memecat Pengarah FBI, James Comey.

Ia juga kemungkinan menimbulkan persoalan jika McCabe menerima hukuman terlampau keras akibat tekanan politik Presiden Republikan itu, yang menyelarnya di Twitter serta menggesa beliau disingkirkan.

“Saya dipilih dan dilayan sebegini kerana peranan yang saya mainkan, tindakan yang saya ambil dan perkara yang saya saksikan selepas pemecatan James Comey.

“Serangan ke atas kredibiliti saya adalah sebahagian usaha lebih besar untuk menjejaskan FBI, penguat kuasa undang-undang dan golongan profesional perisikan secara amnya,” kata McCabe dalam satu kenyataan.

-Reuters

scroll to top