Thursday , 20 June 2019

Home » Dunia » Belia Iran jadi saksi kemusnahan Israel, AS – Khamenei

Belia Iran jadi saksi kemusnahan Israel, AS – Khamenei

May 23, 2019 10:11 am Category: Dunia A+ / A-
Belia Iran jadi saksi kemusnahan Israel, AS – Khamenei

Ayatollah Ali Khamenei. - Foto Reuters

TEHRAH,. Belia Iran akan menyaksikan kemusnahan tamadun Israel dan Amerika Syarikat, kata pemimpin agung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, semalam dalam komen yang disiarkan di laman web rasminya.

“Penduduk muda perlu yakin mereka akan menyaksikan kemusnahan musuh manusia, bermakna kemerosotan tamadun AS dan kemusnahan Israel,” kata Khamenei dalam pertemuan dengan pelajar.

Beliau tidak memberi butiran lanjut.

Ketegangan memuncak antara Iran dan AS selepas Washington menghantar angkatan tentera ke Asia Barat, termasuk kapal pengangkut pesawat, jet pengebom B-52 dan peluru berpandu Patriot, bagi berhadapan apa yang dikatakan pegawai AS ancaman Iran terhadap tentera dan kepentingannya di rantau itu.

Minggu lalu, Khamenei berkata perang tidak akan berlaku dengan AS. — Reuters

scroll to top