Saturday , 15 December 2018

Home » Dunia » Berlian merah jambu cipta rekod baharu

Berlian merah jambu cipta rekod baharu

November 14, 2018 4:38 pm Category: Dunia A+ / A-
Berlian merah jambu cipta rekod baharu

Berlian merah jambu 19 karat berjaya dilelong dengan harga AS$50 juta (RM210 juta). - Foto Reuters

GENEVA,. Berlian merah jambu 19 karat berjaya dilelong dengan harga AS$50 juta (RM210 juta) ketika lelongan di sini, kata rumah lelongan Christie, menjadikan ia rekod baharu untuk permata yang sejenisnya.

‘The Legacy Pink’ yang pernah menjadi milik keluarga Oppenheimer pemilik syarikat permata De Beers, sebelum diatasi jenama mewah Amerika Harry Winston, sebahagian daripada kumpulan Swiss Swatch.

“AS$ 2.6 juta (RM10.90 juta) untuk per karat adalah rekod dunia setiap karat untuk berlian merah jambu,” kata Ketua Rumah Lelongan Christie Eropah, berhubung harga keseluruhan termasuk semua bayaran dan komisen.

“Berlian ini tidak ubah seperti berlian Leonardo da Vinci,” katanya.

Menurut rumah lelongan Christie, berlian 18.96 karat ditemui di lombong di Afrika Selatan, beberapa abad lalu. Ia mula dipotong pada 1920-an dan sejak itu tidak pernah diubah suai.

Berlian itu terus dinamakan ‘Winston Pink Legacy’ oleh pembelinya.

Ketua Berlian Christie Antarabangsa, Rahul Kadakia menjelaskan berlian itu adalah ‘satu-satunya berlian terbaik di dunia’. – AFP

scroll to top