Monday , 20 August 2018

Home » Nasional » Biarlah Tun M yang pilih – Khalid Samad

Biarlah Tun M yang pilih – Khalid Samad

June 15, 2018 6:04 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Biarlah Tun M yang pilih – Khalid Samad

Khalid Samad

SHAH ALAM,. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menafikan beliau bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakil rakyat tiga penggal itu yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, menjawab ringkas ‘tak betul’ apabila diminta mengesahkan laporan portal berita The Malaysian Insight, semalam.

Bagaimanapun, Khalid berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) memang ada menghantar nama wakil rakyatnya yang untuk dicalonkan sebagai menteri kabinet.

“Ada hantar (tetapi) kita (AMANAH) 11 saja MP (Ahli Parlimen). Bagi semua nama. Biar Tun (Dr Mahathir) pilih,” katanya.

Ditanya sama ada pernah mendengar khabar angin sedemikian, Khalid berkata, beliau tidak ada mendengarnya.

Nama Khalid adalah antara beberapa nama yang dilaporkan portal berita berkenaan bakal memenuhi Kabinet Malaysia termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, manakala wakil rakyat Bakri, Yeo Bee Yin, dijangka dinamakan sebagai Menteri Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sementara itu, Teresa dalam catatan Facebook berkata, senarai Kabinet yang tersebar itu adalah palsu dan beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang pelantikan.

“Saya berpendapat bahawa FT (Wilayah Persekutuan ) tidak harus diletakkan di bawah kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus menguruskan bandar mengikut Rancangan Bandar KL,” katanya.

scroll to top