Tuesday , 24 April 2018

Home » Nasional » BN Kota Marudu Tubuh Jentera Pilihan Raya

BN Kota Marudu Tubuh Jentera Pilihan Raya

February 13, 2018 7:58 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
BN Kota Marudu Tubuh Jentera Pilihan Raya

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

KOTA MARUDU,.Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada dalam keadaan bersedia untuk menjalani latihan.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. Semua jentera kami sudah ditubuhkan…kesemuanya bersiap sedia untuk menghadapi ‘hari besar’ itu,” kata ketuanya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kota Marudu di ibu pejabatnya di Langkon di sini, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata kawasan Parlimen Kota Marudu kini mempunyai 45,953 pemilih, yang terdiri daripada masyarakat Dusun, Rungus dan Bajau.

“Berdasarkan bancian terbaru, terdapat 22,326 pengundi berdaftar di Matunggong dan 23,627 pengundi di Tandek dalam daftar pemilih.

“Matlamat akhir kami sekarang ialah merampas kembali Matunggong serta mempertahankan kerusi Tandek dan Kota Marudu. Kami percaya penduduk kawasan berkenaan sudah mengambil pengajaran daripada beberapa tahun lepas,” kata Ongkili, yang juga pemangku presiden Parti Bersatu Sabah dan anggota Parlimen Kota Marudu.

Menurut beliau, sokongan peringkat akar umbi terhadap BN juga semakin kukuh sejak empat tahun lepas.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda berkata parti itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum, termasuk memastikan BN memenangi semua kerusi di kawasan itu.

“Ini mungkin mesyuarat terakhir kami sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu nanti.

Di pihak Umno, kami juga sudah mempersiapkan bilik gerakan kami dan sekiranya kepimpinan BN memanggil pilihan raya pada billa-bila masa pun, kami bersedia sepenuhnya untuk itu, ” kata beliau kepada Bernama.

— BERNAMA

scroll to top