Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Brent AS$62.09 setong pada awal dagangngan

Brent AS$62.09 setong pada awal dagangngan

December 4, 2018 1:38 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent AS$62.09 setong pada awal dagangngan

SINGAPURA,. Harga minyak meningkat hari ini, meneruskan kenaikan kukuh daripada sesi sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peneraju OPEC memotong bekalan dan mendapat mandat untuk dalam mengurangkan pengeluaran di Kanada.

Gencatan senjata 90 hari dalam perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China dilihat masih menyokong pasaran, kata peniaga.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$53.35 setong pada 0137 GMT, naik 40 cent atau 0.8 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa, Brent naik 40 cent atau 0.7 peratus kepada AS$62.09 setong.

Kedua-dua penanda aras menokok sekitar empat peratus pada sesi sebelumnya selepas Washington dan Beijing bersetuju untuk satu gencatan senjata dalam pertikaian perdagangan dan akan mengadakan rundingan selama 90 hari sebelum mengambil langkah berikutnya.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengadakan mesyuarat pada 6 Disember di ibu pejabatnya di Vienna, Austria, bagi mendapatkan persetujuan mengenai dasar pengeluaran bersama.

Ia juga akan membincangkan dasar dengan bukan ahli OPEC iaitu Russia.

“Kami menjangkakan OPEC akan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat di Vienna, Khamis ini,” kata bank AS, Goldman Sachs dalam nota penyelidikan.

– Reuters

scroll to top