Tuesday , 23 July 2019

Home » Bisnes » Brent AS$66.89 setong

Brent AS$66.89 setong

July 12, 2019 11:08 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent AS$66.89 setong

SEOUL,. Harga minyak mentah menokok hari ini selepas pengeluar minyak Amerika Syarikat (AS) di Teluk Mexico mengurangkan pengeluaran lebih daripada separuh dalam menghadapi ribut tropika dan ketegangan berterusan di Asia Barat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 37 cent atau 0.6 peratus kepada AS$66.89 setong pada 0115 GMT.

Penanda aras antarabangsa itu ditutup susut 0.7 peratus semalam selepas mencecah paras tertinggi sejak 30 Mei kepada AS$67.52 setong.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) juga naik 34 cent atau 0.6 peratus kepada AS$60.54 setong.

Penanda aras AS itu ditutup 0.38 peratus lebih rendah semalam selepas mencecah paras tertinggi sejak 23 Mei kepada AS$60.94.

Semalam, syarikat minyak di Teluk Mexico mengurangkan pengeluaran lebih sejuta tong sehari (bpd) atau 53 peratus daripada pengeluaran rantau berkenaan susulan Ribut Tropika Barry.

Ribut berkenaan dijangka dikategorikan sebagai antara bencana taufan dengan kelajuan 119 kilometer sejam.

“Minyak mentah Brent meneruskan kenaikan ketika ribut melanda Teluk Mexico menghentikan pengeluaran minyak dan inventori AS juga susut lebih daripada jangkaan,” kata ANZ Bank dalam satu nota penyelidikan.

Inventori minyak mentah AS susut buat minggu keempat berturut-turut.

Stok minyak mentah AS susut 9.5 juta tong bagi minggu 5 Julai, demikian menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) iaitu penyusutan lebih tiga kali ganda daripada the 3.1 juta tong yang dijangka oleh kebanyakan penganalisis.

– Reuters

scroll to top