Tuesday , 23 July 2019

Home » Bisnes » Brent AS$66.96 setong

Brent AS$66.96 setong

July 11, 2019 12:08 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-

TOKYO,. Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi dalam tempoh sebulan hari ini, susulan ancaman berpotensi taufan yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico dan insiden yang membabitkan kapal tangki British di Asia Barat yang menjadi sorotan ketegangan di kawasan berkenaan.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik 11 cent kepada AS$60.54 setong pada 0055 GMT, selepas pada awalnya mencecah paras tertinggi sejak 23 Mei kepada AS$60.63.

Ia menokok 4.5 peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga minyak mentah Brent susut 5 cent atau 0.1 peratus kepada AS$66.96 setong selepas menamatkan sesi dagangan semalam naik 4.4 peratus.

Lima kapal dipercayai milik Pengawal Revolusi Iran mendekati sebuah kapal tangki minyak British pada hari Rabu dan meminta ia berhenti di perairan Iran, namun menarik balik arahan selepas kapal perang British memberi amaran menerusi radio, kata pegawai pertahanan AS.

Ketegangan memuncak di Asia Barat selepas serangan ke atas kapal tangki dan serang terhadap dron milik AS oleh Iran bulan lalu, susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump untuk menarik diri daripada perjanjian pelbagai pihak dengan Tehran bagi menamatkan program nuklearnya.

Semalam, pengeluar minyak AS mengurangkan pengeluaran minyak mentah hampir satu pertiga di Teluk Mexico selepas salah satu ribut utama daripada musim taufan Atlantik mengancam pengeluaran minyak luar pesisir dan hujan lebat bermula di Louisiana.

Sebanyak 15 platform pengeluaran dan empat pelantar dipindahkan di utara tengah Teluk Mexico, demikian menurut pengawal selia AS selepas firma minyak memindahkan pekerja ke tempat lebih selamat menjelang taufan yang dijangka melanda pada Jumaat.

– Reuters

scroll to top