Monday , 22 October 2018

Home » Bisnes » Brent meningkat $80.39 setong

Brent meningkat $80.39 setong

October 12, 2018 12:09 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent meningkat $80.39 setong

TOKYO,. Harga minyak kukuh hari ini berikutan keraguan pasaran yang didorong oleh kejatuhan dalam pasaran ekuiti dan petunjuk bahawa kebimbangan bekalan meningkat, namun tetapi masih berada pada landasan tepat untuk mengalami kejatuhan atau lebih empat peratus minggu ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 13 cent kepada AS$80.39 setong pada 0042 GMT.

Kontrak susut 3.4 peratus pada Khamis, selepas mencecah paras terendahnya AS$79.80, paling lemah sejak 24 September.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) pula naik 11 cent kepada AS$71.08 setong, selepas susut tiga peratus pada sesi sebelumnya kepada paras terendah sejak 21 September.

Pasaran Wall Street meneruskan kejatuhan kepada sesi keenam dan indeks ekuiti global juga susut kepada paras rendah dalam tempoh satu tahun semalam selepas pelabur bimbang mengenai peningkatan perang dagangan antara AS-China serta risiko kenaikan kadar faedah.

Nikkei Jepun lebih rendah sedikit pada sesi dagangan awal hari ini.

Sementara itu, inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 6 juta tong minggu lalu, dengan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) berkata, lebih ramai penganalisis menjangkakan peningkatannya adalah sebanyak 2.6 juta tong.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menyemak turun unjuran pertumbuhan permintaan global tahun depanuntuk bulan ketiga berturut-turut, disebabkan ketidaktentuan yang berlaku dalam ekonomi yang lebih meluas susulan pertikaian perdagangan dan turun naik dalam pasaran baharu muncul.

– Reuters

scroll to top