Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » Brent menokok pada pagi

Brent menokok pada pagi

December 10, 2018 2:55 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent menokok pada pagi

SINGAPURA,. Harga minyak antarabangsa menokok hari ini, meneruskan kenaikan Jumaat minggu lalu apabila kelab pengeluar OPEC dan pengeluar bukan sekutunya bersetuju mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari mulai Januari.

Penanda aras dagangan hadapan Brent berada pada AS$61.81 satu tong pada 0016 GMT, naik 14 cent, atau 0.2 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Harga minyak naik Jumaat minggu lalu selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC termasuk Russia mengumumkan mereka akan mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari, yang mana pengurangan 800,000 tong sehari akan dibuat ahli OPEC dan baki pengurangan 400,000 tong sehari oleh negara bukan sekutu.

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$52.35 satu tong, susut 26 cent atau 0.5 peratus berbanding harga penutup sebelumnya. – Reuters

scroll to top