Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Brent Menyusut AS$82.43 setong

Brent Menyusut AS$82.43 setong

October 11, 2018 11:03 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent Menyusut AS$82.43 setong

TOKYO,. Harga minyak meneruskan kejatuhan besar hari ini selepas pasaran saham global mengalami kerugian, manakala harga minyak dunia juga terjejas susulan laporan industri mingguan menunjukkan inventori Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih dari jangkaan.

Kebimbangan berhubung bekalan juga semakin berkurangan susulan Taufan Michael berkemungkinan tidak memberi kerosakan ketara ke atas aset minyak selepas membadai Florida, walaupun ia menyebabkan kecederaan dan kemusnahan besar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 66 cent atau 0.8 peratus kepada AS$82.43 setong pada 0024 GMT.

Penanda aras global itu ditutup 2.2 peratus lebih rendah pada Rabu selepas susut hampir ke paras rendah dalam tempoh dua minggu.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) juga susut 57 cent atau 0.8 peratus kepada AS$72.60 selepas jatuh 2.4 peratus pada sesi sebelumnya.

Bekalan di pasaran utama dunia susut kepada paras rendah tiga bulan semalam, dengan penanda aras indeks saham S&P 500 susut lebih daripada tiga peratus, kejatuhan satu hari terbesar sejak Februari.

Saham teknologi turut menjunam berikutan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan dan kegusaran mengenai ketegangan AS-China.

Nikkei Jepun 225 susut tiga peratus pada sesi dagangan awal hari ini.

“Teruk, sangat-sangat teruk,” kata Ahli Strategi Pasaran Bebas, Greg McKenna dalam nota penyelidikan yang merujuk kepada kejatuhan pasaran global.

– Reuters

scroll to top