Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Brent susut di bawah AS$60 setong

Brent susut di bawah AS$60 setong

December 7, 2018 11:42 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent susut di bawah AS$60 setong

SINGAPURA,. Harga minyak susut hari ini, diheret turun oleh langkah OPEC untuk menangguhkan keputusan akhir berhubung pemotongan pengeluaran bagi menunggu sokongan daripada pengeluar utama bukan ahlinya, Russia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut di bawah AS$60 setong pada sesi awal dagangan, dengan ia didagangkan kepada AS$59.50 setong pada 0144 GMT, susut 56 cent atau 0.9 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$51.24 setong, susut 25 cent atau 0.5 peratus.

Kejatuhan harga minyak itu hadir selepas kemerosotan hampir tiga peratus pada sesi sebelumnya, dengan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menamatkan mesyuarat di ibu pejabatnya di Vienna, Austria, semalam tanpa mengumumkan keputusannya berhubung pemotongan bekalan minyak mentah, sebaliknya bersiap sedia untuk membahaskannya pada Jumaat.

“OPEC memutuskan untuk mengadakan pertemuan lagi pada Jumaat selepas Russia kekal tidak berganjak,” kata Ketua Pedagang bagi Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Penganalisis menjangkakan beberapa bentuk pengurangan bekalan akan diputuskan.

“Kami mula menyaksikan sedikit kelebihan dalam aspek pengurangan bekalan dengan OPEC sesuai mengurangkan pengeluaran sekitar sejuta tong sehari dengan kartel OPEC sedang melobi ahli bukan OPEC untuk menyumbang lebih banyak,” kata bank Jepun, MUFG dalam nota penyelidikan.

– Reuters

scroll to top