Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Brent susut kepada AS$61.56 setong

Brent susut kepada AS$61.56 setong

December 6, 2018 12:23 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Brent susut kepada AS$61.56 setong

NEW YORK,. Harga minyak susut hari ini menjelang mesyuarat pengeksport terbesar dunia, yang mana akan membincangkan mengenai mengurangkan pengeluaran bagi membantu meningkatkan harga dan membendung lebihan.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Russia dan pengeluar lain akan mengadakan pertemuan di Vienna, Austria minggu ini bagi membincangkan mengenai potensi pemotongan pengeluaran.

Jawatankuasa pemantauan OPEC dan pakatannya termasuk Russia bersetuju berhubung keperluan mengurangkan pengeluaran pada 2019, kata dua sumber rapat dengan perkara itu dengan menambah jumlah dan paras dasar bagi pemotongan itu sedang dibahaskan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, susut 52 cent kepada AS$61.56 setong selepas mencecah paras tinggi AS$63.29 setong dan paras rendah AS$60.80.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) susut 36 cent kepada AS$52.89 setong.

Kontrak diniagakan antara AS$54.44 dan AS$52.16 setong pada sesi berkenaan.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak memberitahu media bagai beliau melalui mesyuarat yang ‘baik’ dengan rakan sejawatnya di Arab Saudi, Khalid al-Falih pada Rabu dan mereka merancang lebih banyak perbincangan.

“Kami semua termasuk Russia bersetuju terhadap keperluan mengurangkan bekalan,” kata Menteri Minyak Oman, Mohammed Hamad Al-Rumhy selepas pertemuan kumpulan jawatankuasa menteri-menteri membabitkan Arab Saudi, Russia dan beberapa pengeluar lain.

– Reuters

scroll to top