Monday , 21 May 2018

Home » Sukan » ‘Bukan mudah ucap selamat tinggal’ – Wenger

‘Bukan mudah ucap selamat tinggal’ – Wenger

May 11, 2018 7:53 am Category: Sukan A+ / A-
‘Bukan mudah ucap selamat tinggal’ – Wenger

Arsene Wenger

LONDON,. Arsene Wenger mengakui perpisahannya dengan Arsenal menjadi pengalaman pahit manis ketika dia bersedia untuk akhirnya akan mengucapkan selamat tinggal, Ahad ini.

Pengendali dari Perancis itu akan mengetuai Arsenal buat kali terakhir ketika penguasaannya selama 22 tahun akan berakhir dengan pertembungan Liga Perdana berdepan Huddersfield hujung minggu ini.

Dia yang berusia 68 tahun sudah mengadakan jelajah perpisahan sejak Arsenal membuat pengumuman pada 20 April bahawa dia bersetuju berpisah dengan kelab utara London itu berikutan satu lagi musim bermasalah.

Wenger sudah cuba untuk fokus terhadap bola sepak, namun dia merumuskan ia bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan nostalgia sebelum pemergiannya.

“Saya gembira melalui sebahagian daripadanya, benar – dan tidak semuanya,” kata Wenger ketika sidang akhbar sebelum perlawanan terakhirnya di pangkalan latihan Arsenal hari ini.

“Ia bukanlah sesuatu yang sentiasa mudah untuk perlahan-lahan berpisah dengan apa yang anda lakukan setiap hari dan sentiasa anda mahu lakukan selain anda boleh dan anda tidak mahu lupakan serta berterima kasih kepada mereka yang berhak.

“Ada sebahagian orang di sini yang saya ambil bekerja 20 tahun lalu, yang sentiasa mempertahankan saya setiap hari, jadi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengucapkan selamat tinggal.”

– AFP

scroll to top