Saturday , 19 January 2019

Home » Dunia » Bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan asing di Australia

Bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan asing di Australia

January 9, 2019 1:15 pm Category: Dunia A+ / A-
Bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan asing di Australia

Imej diambil saluran 9News menunjukkan anggota bomba dan paramedik berada di luar bangunan misi India dan AS di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia. Tiada laporan jika bungkusan itu menjejaskan mana-mana kakitangan. -Foto Agensi

SYDNEY,. Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan dihantar ke beberapa kedutaan asing di Melbourne, termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Switzerland dan Jerman, lapor media tempatan hari ini.

Imej diambil saluran 9News menunjukkan anggota bomba dan paramedik berada di luar bangunan misi India dan AS di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia. Tiada laporan jika bungkusan itu menjejaskan mana-mana kakitangan.

Polis Persekutuan Australia mengesahkan dalam satu kenyataan, beberapa bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan dan konsulat di Canberra dan Melbourne hari ini.

Polis berkata, bungkusan itu sedang diteliti dan situasi di sekitar insiden sedang disiasat.

Sementara itu, seorang jurucakap Pesuruhjaya Tinggi British mengesahkan, pejabatnya di Melbourne menerima bungkusan mencurigakan.

“Kami berhubung rapat dengan AFP (Polis Persekutuan Australia) dan pihak berkuasa tempatan berkaitan situasi itu. Semua kakitangan kami selamat,” katanya. -Reuters

scroll to top