Sunday , 23 September 2018

Home » Bisnes » Bursa dibuka lebih rendah pagi ini

Bursa dibuka lebih rendah pagi ini

June 19, 2018 10:11 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa dibuka lebih rendah pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini ketika suasana di seluruh pasaran kekal tidak menentu berikutan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 6.64 mata lebih rendah pada 1,736.79 berbanding penutupan 1,743.43 semalam.

Indeks itu dibuka 5.23 mata lebih rendah pada 1,738.20.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 118 kepada 109, manakala 132 kaunter tidak berubah, 1,550 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 61.19 juta unit bernilai RM31.44 juta.

– Bernama

scroll to top