Saturday , 23 September 2017

Home » Bisnes » Bursa FBM-KLCI Turun Sedikit Kepada 6.44 mata

Bursa FBM-KLCI Turun Sedikit Kepada 6.44 mata

August 11, 2017 10:51 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa FBM-KLCI Turun Sedikit Kepada 6.44 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih rendah, selari prestasi kebanyakan bursa serantau.

Pada 9.30 pagi, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 526 berbanding 45, dengan 196 kaunter tidak berubah.

FBM-KLCI berada pada 1,771.33 mata, mewakili penyusutan 6.44 mata.

FBMACE susut 91.09 mata pada 6,341.19 manakala FBMEMAS susut 75.29 mata pada 12,530.14.

Sejumlah 306.661 juta saham bertukar tangan bernilai RM159.362 juta.

– BERNAMA

scroll to top