Thursday , 15 November 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia bercampur-campur

Bursa Malaysia bercampur-campur

September 13, 2018 10:08 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia bercampur-campur di awal dagangan hari ini berikutan sentimen berhati-hati menyelubungi pasaran dengan ketegangan perdagangan semakin meruncing antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.07 mata kepada 1,783.18 berbanding 1,779.95 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.7 mata lebih tinggi pada 1,786.95.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 165 berbanding 153 dengan 193 tidak berubah manakala 1,376 tidak didagangkan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 210.24 juta saham bertukar tangan bernilai RM141.34 juta.

– BERNAMA

scroll to top