Monday , 20 August 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

June 12, 2018 11:28 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dengan aktiviti jualan dilihat dalam saham wajaran tinggi yang terpilih.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.7 mata kepada 1,772.1, selepas dibuka rendah 0.95 mata kepada 1,774.85 daripada 1,775.8 semasa ditutup pada Isnin.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata tumpuan adalah pada Sidang Kemuncak Presiden Donald Trump dan Kim Jong-Un di Singapura hari ini.

“Bagaimanapun, dagangan dijangka kurang memberangsangkan menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS, Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan minggu ini.

“Saham automotif dijangka menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau merancang untuk memulakan projek kereta nasional yang baharu,” katanya.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 126 berbanding 111, manakala 163 kaunter kekal tidak berubah, 1,497 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.68 juta saham bernilai RM110.52 juta.

Indeks FBM Emas berkurangan 13.31 mata kepada 12,449.57, Indeks FBMT100 merosot 14.75 mata kepada 12,244.8 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 3.84 mata kepada 12,499.09.

FBM 70 naik 18.93 mata kepada 14,955.73, bagaimanapun FBM Ace turun 2.15 mata kepada 5,315.5.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 8.19 mata kepada 3,202.09, Indeks Kewangan susut 34.58 mata kepada 17,721.58, dan Indeks Perladangan merosot 7.26 mata kepada 7,730.94.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM9.72, Public Bank merosot dua sen kepada RM24.32, TNB turun 20 sen kepada RM14.36, CIMB berkurangan tiga sen kepada RM6.18 manakala Petronas Chemicals, Axiata dan Hong Leong Bank, masing-masing tidak berubah pada RM8.38, RM4.79 dan RM19.12.

Daripada saham aktif, Sapura Energy meningkat tiga sen kepada 66.5 sen, MYEG dan Frontken, masing-masing naik satu sen kepada 95 sen dan 45.5 sen, manakala Shin Yang Shipping Corp menambah 1.5 sen kepada 35.5 sen dan Asdion tidak berubah pada 29.5 sen.

-BERNAMA

scroll to top