Sunday , 19 August 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka kukuh

Bursa Malaysia dibuka kukuh

July 10, 2018 11:52 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka kukuh

KUALA LUMPUR,. Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada awal dagangan, disokong sentimen positif berikutan redanya kebimbangan berhubung perang perdagangan dan ini membuka selera pelabur global untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 5.07 mata pada 1,677.7 berbanding 1,672.63 Isnin.

Indeks itu dibuka 2.42 mata lebih kukuh pada 1,675.05.

Maybank IB Research berkata, pasaran tempatan dijangka melanjutkan kenaikan semalam selepas kenaikan di Wall Street, di tengah-tengah jangkaan banyak syarikat akan mengumumkan laporan kewangan mantap minggu ini.

Dalam satu nota, ia juga berkata saham berkaitan minyak dan gas dijangka meraih manfaat daripada pengukuhan harga minyak.

“Secara teknikal, kami jangka FBM KLCI didagangkan antara 1,680 dan 1,720 hari ini. Sokongan dilihat pada 1,658 dan 1,630,” katanya.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank dan CIMB naik lima sen setiap satu masing-masing kepada RM9.13 dan RM5.35.

Tenaga dan Petronas Chemicals menokok lapan sen setiap satu masing-masing kepada RM14.38 dan RM8.59, manakala Public Bank menambah empat sen kepada RM22.58.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 135 berbanding 52, manakala 113 tidak berubah dengan 1,568 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 46.43 juta saham bertukar tangan bernilai RM46.9 juta.

– BERNAMA

scroll to top