Thursday , 18 October 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka rendah Pada Pagi

Bursa Malaysia dibuka rendah Pada Pagi

September 26, 2018 12:47 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka rendah Pada Pagi

KUALA LUMPUR,. Harga saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada kejatuhan semalaman di Wall Street dengan mana persengketaan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus mendominasi sentimen, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.74 mata pada 1,789.73 berbanding 1,794.47 penutup Selasa.

Ia dibuka 5.47 mata lebih rendah pada 1,789.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 119 berbanding 73 dengan 170 tidak berubah manakala 1,542 tidak didagangkan dan 98 yang lain digantung.

Sejumlah 101.09 juta saham bertukar tangan bernilai RM45.49 juta. – BERNAMA

scroll to top