Wednesday , 24 July 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi

Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi

March 20, 2019 11:36 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.07 mata kepada 1,682.61 daripada 1,687.68 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 3.90 mata lebih rendah pada 1,683.78.

Di pasaran meluas, kaunter turun mengatasi naik sebanyak 118 berbanding 92 dengan 152 kaunter kekal tidak berubah manakala 1,525 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 150.37 juta saham bernilai RM50.46 juta. – BERNAMA

scroll to top