Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan permintaan yang lebih kukuh, apabila sentimen pasaran meningkat ekoran hubungan US-China dilihat yang semakin pulih.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.31 mata kepada 1,604.54 berbanding 1,604.23 pada penutupan Selasa, selepas dibuka pada 1,604.68 pagi ini.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 154 berbanding 94, manakala 174 kaunter tidak berubah, 1,554 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 102 juta saham bernilai RM43.14 juta.

Seorang peniaga berkata keyakinan pelabur didorong oleh kenyataan Presiden Donald Trump bahawa beliau dan Presiden China Xi Jinping akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama.

Dari sudut teknikal, PublicInvest Research berkata penanda aras bursa temptan mencatat penurunan pada Selasa menjelang Krismas, selepas mencatat peningkatan pada Isnin, dalam dagangan kecil, dengan kedudukan FBM KLCI pada penutupan Selasa merosot 9.95 mata.

“Pada kedudukan ini, indeks masih berpotensi untuk mencatat pemulihan yang teguh jika ia dapat melepasi dan kekal pada paras tertinggi sebelumnya pada 1,610, sehingga akhir minggu ini.

“Penurunan melepasi tahap sokongan 1,600 juga dianggap sihat sekiranya terdapat aktiviti pengambilan untung sederhana dalam tempoh terdekat. Tahap sokongan untuk indeks ialah 1,551, 1,580 dan 1,600, manakala paras rintangan berada pada 1,622, 1,636 dan 1,652,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank meningkat dua sen kepada RM8.62, Public Bank susut 10 sen kepada RM19.72, Petronas Chemicals menambah empat sen kepada RM7.41 manakala Tenaga dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM13.32 dan RM5.29.

Dalam kalangan saham aktif, Sino Hua-An International dan Perdana Petroleum masing-masing naik satu sen kepada 14 sen dan 41 sen, manakala London Biscuits tidak berubah pada 13 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 5.84 mata kepada 11,374.09, Indeks FBM Emas Syariah menambah 12.02 mata kepada 12,003.31 manakala Indeks FBMT 100 menokok 4,32 mata kepada 11,173.71.

FBM Ace menambah 23.18 mata kepada 5,100.41 manakala FBM 70 menokok 14.41 mata kepada 14,072.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 4.95 mata kepada 15,581, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.31 mata kepada 153.44 manakala Indeks Perladangan merosot 0.11 dari satu mata kepada 7,553.1

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)