Monday , 24 September 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

March 12, 2018 11:10 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini berikutan susut nilai ekuiti global yang kukuh minggu lalu, dengan indeks Nasdaq Composite mencatat rekod tinggi.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FBM KLCI berada pada 1,851.99, naik 8.07 mata daripada 1,843.92 pada penutupan Jumaat lalu.

Indeks utama dibuka 7.74 mata lebih baik pada 1,851.66 pagi ini.

FBMACE pula pada 6,011.55 naik 39.69 mata dan FBMEmas pada 13,032.07 meningkat 63.13 mata.

Sebanyak 370 kaunter untung, 128 rugi dan 253 kaunter tidak berubah pada dagangan pagi ini.

Perolehan pula 434.918 juta saham bernilai RM189.663 juta.

-BERNAMA

scroll to top