Friday , 21 September 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

May 7, 2018 11:50 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi tetapi kembali menyusut selepas itu berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Rabu ini membuatkan pelabur mengambil langkah berhati-hati.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.89 mata kepada 1,836.94 daripada penutup Jumaat lalu iaitu 1,841.83.

Indeks berkenaan dibuka 0.73 mata lebih tinggi pada 1,842.56.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi rugi dengan 130 berbanding 57 manakala 157 kaunter lagi tidak berubah, 1,517 tidak didagangkan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 73.65 juta unit bernilai RM23.18 juta.

-BERNAMA

scroll to top