Friday , 22 June 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

June 8, 2018 10:57 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini tetapi turun selepas itu disebabkan kekurangan sokongan belian susulan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,784.45, susut 1.36 mata, selepas dibuka 2.09 mata lebih tinggi pada 1,787.90 berbanding 1,785.81 penutup Khamis.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 132 berbanding 109 manakala 160 tidak berubah dengan 1,498 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Sejumlah 155.96 juta saham bertukar tangan bernilai RM49.12 juta.

– BERNAMA

scroll to top