Monday , 10 December 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

September 20, 2018 11:06 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, melonjakkan keuntungan semalam berikutan minat belian berterusan di saham berwajaran tinggi terpilih disebalik sentimen bercampur di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.31 mata kepada 1,805.02 daripada penutupan semalam pada 1,800.71 mata.

Indeks itu dibuka 3.30 mata lebih tinggi pada 1,804.01.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 163 berbanding 97, dengan 190 tidak berubah, 1,433 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 154.53 juta unit bernilai RM97.14 juta.

-BERNAMA

scroll to top