Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

November 28, 2018 10:45 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi tetapi turun selepas itu susulan aktiviti pengambilan untung, berikutan pasaran membangun terkesan daripada ketidaktentuan menjelang sidang kemuncak G20, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.94 mata pada 1,683.03 berbanding 1,684.97 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 0.83 mata lebih tinggi pada 1,685.80.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 122 berbanding 61 dengan 130 tidak berubah manakala 1,601 tidak didagangkan dan 73 digantung.

Sejumlah 44.28 juta saham bertukar tangan bernilai RM37.29 juta. – BERNAMA

scroll to top