Thursday , 18 July 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

February 7, 2019 11:34 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian dalam saham wajaran utama, menyongsang penyusutan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.87 mata kepada 1,689.48 daripada 1,683.61 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 4.39 mata lebih tinggi pada 1,688.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 75 berbanding 42 dengan 120 kaunter tidak berubah manakala 1,617 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Sejumlah 36.02 juta saham bertukar tangan bernilai RM18.89 juta. – BERNAMA

scroll to top