Saturday , 25 May 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

April 23, 2019 11:54 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di Wall Street dan kestabilan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.04 mata kepada 1,623.10, daripada 1,162.06 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka 2.06 mata lebih kukuh pada 1,624.12.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 109, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,425 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 356.36 juta saham bernilai RM190.06 juta. –BERNAMA

scroll to top