Saturday , 15 December 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

November 19, 2018 11:37 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan kenaikannya pada Jumaat minggu lalu untuk dibuka tinggi pagi ini berikutan minat belian yang berterusan dan sejajar dengan prestasi bursa serantau lain yang seiring dengan peningkatan di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.04 mata kepada 1,711.42 daripada paras penutup 1,706.38 pada Jumaat, selepas dibuka 6.43 mata lebih kukuh kepada 1,712.81 hari ini.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 111 berbanding 92, dengan 144 tidak berubah, 1,533 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 59.57 juta unit bernilai RM32.65 juta.

Peniaga berkata, kenaikan indeks komposit mendapat rangsangan daripada belian dalam saham mewah dan saham wajaran tinggi terpilih seperti Maybank dan Public Bank.

Maybank meningkat satu sen kepada RM9.46 manakala Public Bank naik empat sen kepada RM24.66.

Sentimen pasaran positif susulan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga tahun ini oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat minggu lalu.

“Meskipun mencatatkan pertumbuhan KDNK sederhana pada 4.4 peratus, kami tetap yakin dengan prospek masa depan Malaysia kerana permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan,” kata peniaga.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga turun empat sen kepada RM14.86, Petronas Chemicals meningkat 22 sen kepada RM9.62, CIMB menokok satu sen kepada RM5.66 dan PetGas melonjak 16 sen kepada RM18.96.

Dalam kalangan saham cergas, Orion IXL dan Tatt Giap meningkat setengah sen setiap satu masing-masing kepada 0.5 sen dan 24 sen, Dayang Enterprise naik 4.5 sen kepada 67 sen manakala JAG berkurangan setengah sen kepada 5.5 sen.

Nestle adalah kaunter untung paling utama, meningkat RM1 kepada RM148.00, manakala BAT menerajui kaunter rugi turun 30 sen kepada RM38.00.

Indeks FBM Emas meningkat 29.10 mata kepada 11,897.16, Indeks FBMT 100 naik 29.79 mata kepada 11,737.14, FBM 70 mengukuh 17.33 mata kepada 14,006.03 dan Indeks FBM Ace meningkat 19.38 mata kepada 4,964.50.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 42.20 mata kepada 11,998.00.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 33.93 mata kepada 17,335.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.66 mata kepada 175.67 manakala Indeks Perladangan mengukuh 12.72 mata kepada 7,269.36. – BERNAMA

scroll to top