Thursday , 27 June 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari

Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari

December 10, 2018 2:50 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dan beberapa pasaran serantau rendah pada rehat tengah hari berikutan kebimbangan yang semakin memuncak berhubung perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus membimbangkan pelabur, kata peniaga.

Pada 12.30 tengahari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.59 mata kepada 1,664.95 daripada 1,680.95 penutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 5.87 mata lebih rendah pada 1,674.67 dan bergerak antara 1,663.67 dan 1,674.53 sepanjang sesi pagi.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 549 berbanding 131 dengan 281 tidak berubah manakala 908 tidak didagangkan dan 25 yang lain digantung.

Sejumlah 1.39 bilion saham bertukar tangan bernilai RM586.34 juta. – BERNAMA

scroll to top