Wednesday , 12 December 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia kembali Tinggi Pada Pagi

Bursa Malaysia kembali Tinggi Pada Pagi

January 10, 2018 11:16 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia kembali Tinggi Pada Pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi dalam sesi dagangan hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,829.68, naik 2.73 mata daripada penutup semalam, 1,826.95, dan selepas dibuka lebih 1.95 mata pada 1,828.9.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu sebanyak 376 berbanding 167, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,008 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 831.9 juta dengan nilai RM301.13 juta.

– BERNAMA

scroll to top