Monday , 22 July 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia melonjak Pada pagi

Bursa Malaysia melonjak Pada pagi

May 17, 2019 11:08 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia melonjak Pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia melantun semula pada dagangan awal Jumaat, sejajar kenaikan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.08 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.09 mata kepada 1,602.28, diterajui terutamanya oleh Public Bank, Dialog dan Digi.

Indeks itu dibuka 0.13 mata lebih tinggi pada 1,599.32.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 179 berbanding 69 dengan 141 kaunter tidak berubah, manakala 1,522 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 112.27 juta bernilai RM48.16 juta. – BERNAMA

scroll to top