Saturday , 16 December 2017

Home » Bisnes » Bursa Malaysia Melonjak sedikit Mengikut pasaran serantau

Bursa Malaysia Melonjak sedikit Mengikut pasaran serantau

October 11, 2017 11:43 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia Melonjak sedikit Mengikut pasaran serantau

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini tetapi kembali menokok selepas menjejaki prestasi lebih baik bursa serantau yang mendapat petunjuk daripada kenaikan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Wall Street menolak naik indeks Amerika Syarikat (AS) ke paras tertinggi harian dengan Dow Jones ditutup pada rekod tertinggi, sekali gus membayangkan bahawa keyakinan dalam ekonomi AS menjelang penerbitan minit mesyuarat Rizab Persekutuan lewat hari ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.15 mata kepada 1,761.28 daripada 1,761.13 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 0.01 lebih rendah pada 1,761.12.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 148 berbanding 75, dengan 206 tidak berubah, 1,422 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 166.78 juta saham bertukar tangan bernilai RM57.51 juta.

– BERNAMA

scroll to top