Thursday , 15 November 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia Meningkat

Bursa Malaysia Meningkat

August 10, 2018 11:44 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia Meningkat

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih rendah tetapi mencatat lantunan selepas itu dengan kekurangan pemangkin baharu disebabkan prestasi semalaman bercampur-campur di pasaran saham AS.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.31 mata pada 1,806.26 daripada 1,804.95 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 0.68 mata lebih rendah pada 1,804.27.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 147 berbanding 92 dengan 180 tidak berubah manakala 1,476 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Sejumlah 96.25 juta saham bertukar tangan bernilai RM41.24 juta.

Maybank Investment Bank Bhd berkata, prestasi semalaman yang bercampur-campur di Wall Street sungguhpun sentimen positif berhubung laporan kewangan korporat membuatkan pelabur berhati-hati.

Firma penyelidikan itu memberi ingatan bahawa kekurangan pemangkin dalam pasaran domestik boleh mengurangkan kenaikan di bursa tempatan baru-baru ini.

“Secara teknikal, kami jangka FBM KLCI didagangkan antara 1,780 mata dan 1,810 mata hari ini, dengan sokongan bawahan pada 1,748 mata dan 1,710 mata,” katanya.

Maybank naik dua sen kepada RM9.92, Tenaga dan Petronas Chemicals menambah lapan sen setiap satu masing-masing kepada RM15.86 dan RM9.28.

Public Bank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM24.40 dan RM5.93.

– BERNAMA

scroll to top