Friday , 19 April 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia rendah sedikit pada pagi

Bursa Malaysia rendah sedikit pada pagi

February 12, 2019 11:54 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia rendah sedikit pada pagi

Kuala Lumpur 14/5/2018 A general shot of bursa index taken at RHB Jalan Tun Razak around 11.45 am picture razak ghazali

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia berada dalam wajaran pasaran pada awal dagangan dengan sentimen berhati-hati berhubung perkembangan luaran, kata peniaga.

Pada 9.14 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,685.79, turun 2.77 mata daripada 1,688.56 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 3.66 mata lebih kukuh pada 1,692.22.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 192 berbanding 99 dengan 181 kaunter tidak berubah manakala 1,381 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 175.42 juta saham bertukar tangan bernilai RM82.91 juta. – BERNAMA

scroll to top