Thursday , 18 October 2018

Home » Bisnes » Bursa Malaysia Tinggi

Bursa Malaysia Tinggi

September 19, 2018 11:13 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Bursa Malaysia Tinggi

KUALA LUMPUR,. Harga saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini selepas susut semalam, seiring dengan prestasi kebanyakan bursa serantau yang didorong oleh permintaan belian saham pada harga semasa yang dilihat menarik, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 9.12 mata kepada 1,802.06 berbanding 1,792.94 sewaktu ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.78 mata lebih tinggi kepada 1,794.72.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 214 berbanding 80 manakala 182 tidak berubah, 1,407 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 159.97 juta unit bernilai RM114.55 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata, bursa tempatan dijangkakan dibuka pada aliran lebih positif selepas peningkatan saham teknologi dan tenaga yang membantu melonjakkan semula pasaran S&P 500 selepas mencatat hari terburuk dalam masa sebulan.

Malah, peningkatan semula itu dicatat ketika pasaran global yang kebanyakannya bergelut untuk mengelak kesan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang kembali bergolak.

“Sentimen yang lebih yakin itu juga jelas ketara menerusi jualan bon kerajaan yang menyaksikan pulangan bon 10 tahun Perbendaharaan melepasi paras 3.0 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik enam sen kepada RM9.80, Public Bank untung 14 sen kepada RM25.04, TNB menokok dua sen kepada RM15.84, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM6.11 namun Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM9.39.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik satu sen kepada 45.5 sen, Vizione untung setengah sen kepada 14.5 sen, MyEG menambah tiga sen kepada RM1.73 manakala AirAsia X dan Borneo Oil merosot setengah sen masing-masing kepada 28.5 sen dan lima sen.

Indeks FBM Emas meningkat 59.96 mata kepada 12,547.12, Indeks FBMT 100 naik 56.51 mata kepada 12,367.08 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 48.86 mata kepada 12,675.42.

FBM Ace pula menokok 6.42 mata kepada 5,160.05 dan FBM 70 meraih 44.49 mata kepada 14,789.57.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan melonjak 104.47 mata kepada 17,801.04, Indeks Perusahaan menambah 18.03 mata kepada 3,234.16 manakala Indeks Perladangan menokok 46.41 mata kepada 7,560.22.

– Bernama

scroll to top