Friday , 26 April 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia tinggi

Bursa Malaysia tinggi

March 19, 2019 11:01 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, berikutan rali semalaman di Wall Street terus menyokong sentimen pelabur dan selera risiko.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.79 mata kepada 1,691.73 daripada 1,690.94 pada Isnin.

Indeks itu dibuka 1.54 mata lebih kukuh pada 1,692.48.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 114 berbanding 91 dengan 187 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,496 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 102.69 juta saham bernilai RM42.84 juta. -BERNAMA

scroll to top