Friday , 26 April 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan

Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan

March 26, 2019 10:50 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia melantun daripada penutupan negatif semalam untuk didagangkan lebih tinggi pada pembukaan hari ini dan menjejaki persekitaran luaran yang memberangsangkan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.49 mata kepada 1,650.64 daripada 1,649.15 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 1.33 mata lebih rendah pada 1,647.82.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 154 berbanding 71 dengan 138 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,547 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 100.07 juta saham bernilai RM33.94 juta. – BERNAMA

scroll to top