Thursday , 20 June 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia tinggi pada pagi

Bursa Malaysia tinggi pada pagi

June 11, 2019 11:26 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan aliran menaik untuk dibuka lebih tinggi pagi ini, disokong sentimen positif yang menyelubungi pasaran.

Pada 9.06 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.22 mata pada 1,656.69 daripada 1,655.47 penutup Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.33 mata lebih baik pada 1,655.80.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 125 berbanding 52 dengan 191 kaunter tidak berubah, manakala 1,519 tidak diniagakan dan 25 digantung.

Sejumlah 107.57 juta saham bertukar tangan bernilai RM49.52 juta.

scroll to top