Wednesday , 27 March 2019

Home » Bisnes » Bursa Malaysia tinggi pagi ini

Bursa Malaysia tinggi pagi ini

January 11, 2019 10:27 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa Malaysia tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan momentum belian berterusan dengan minat terhadap saham murah dan saham berwajaran tinggi terpilih.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.36 mata kepada 1,683.24 berbanding 1,678.88 penutup Khamis.

Indesk itu dibuka 6.11 mata lebih tinggi pada 1,684.99.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 244 berbanding 99 dengan 184 kaunter tidak berubah, 1,336 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung. – BERNAMA

scroll to top