Saturday , 25 May 2019

Home » Bisnes » Bursa saham lemah pada pagi

Bursa saham lemah pada pagi

April 25, 2019 11:17 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Bursa saham lemah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar hari ini mengekori prestasi lemah semalaman di Wall Street disebabkan pelabur mengambil keuntungan dan kemas kini data syarikat korporat utama Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.20 mata kepada 1,637.81 berbanding 1,637.81 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.67 mata lebih rendah pada 1,637.34.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 160 berbanding 105, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,424 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 262.59 juta saham bernilai RM114.05 juta. -BERNAMA

scroll to top