Sunday , 22 October 2017

Home » Dunia » Campur tangan Russia: Peguam Negara beri keterangan

Campur tangan Russia: Peguam Negara beri keterangan

June 13, 2017 11:56 am Category: Dunia, Politik A+ / A-
Campur tangan Russia: Peguam Negara beri keterangan

GAMBAR fail, Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions mengambil bahagian dalam lagu kebangsaan Amerika Syarikat sebelum berucap pada Latihan Penguatkuasaan Undang-undang pada mesyuarat Negara Eksploitasi Kanak-Kanak di Atlanta, Georgia pada 6 Jun lalu. - Foto EPA

WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions, dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan terbuka Jawatankuasa Perisikan Senat, hari ini, berhubung pembabitan Russia dalam pilihan raya presiden.

Sessions adalah antara individu penting dalam kempen Presiden Donald Trump, yang akan memberi keterangan.

Pengerusi jawatankuasa, Richard Burr dan Naib Pengerusinya, Mark Warner, dalam satu kenyataan bersama berkata, sesi pendengaran itu akan diadakan hari ini pada kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan).

Beberapa hari sebelum ini, bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey membuat pendedahan mengejut mengenai campur tangan Trump dalam siasatan terbabit.

Dalam pada itu, usaha Sessions supaya keterangannya dibuat secara tertutup ditolak pengurusan tertinggi kehakiman, selepas Ahli Demokrat yang menganggotai jawatankuasa itu mendesak ia diadakan secara terbuka.

– AFP

scroll to top