Monday , 10 December 2018

Home » Sukan » Cardiff Melangkah Ke liga Perdana

Cardiff Melangkah Ke liga Perdana

May 7, 2018 11:42 am Category: Sukan A+ / A-
Cardiff Melangkah Ke liga Perdana

LONDON,. Cardiff City memastikan tempat ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas terikat tanpa jaringan dengan Reading dalam aksi Liga Kejuaraan malam ini sekali gus menamatkan saingan di tempat kedua musim ini.

Fulham yang menjadi pencabar terdekat Cardiff bagi memburu slot automatik ke saingan liga utama itu terpaksa akur apabila tewas 1-3 di tangan Birmingham City dan menamatkan saingan di tempat ketiga.

Keputusan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Fulham dalam 23 perlawanan lebur dan memaksa mereka beraksi dalam saingan playoff bagi ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Cardiff menamatkan saingan di tempat kedua dengan mengumpul 90 mata, dua mata di depan Fulham tetapi ketinggalan sembilan mata di belakang juara, Wolverhampton Wanderers.

Kemenangan Birmingham pula menyaksikan mereka berjaya mengelak daripada tersingkir untuk musim kedua berturut-turut manakala Burton Albion dan Barnsley turun pangkat ke saingan Liga Divisyen Satu.

Ia susulan kekalahan selepas tewas 1-2 di tangan Preston North End serta 1-4 di tangan Derby County.

Sementara itu, Wolves tewas mengejut 0-3 di tangan Sunderland yang sah tersingkir ke Liga Divisyen Satu sejak bulan lalu.

– Reuters

scroll to top